Natural Agro

Better Way of Living

Penternakan Kelulut

Lebah trigona atau lebih dikenali sebagai kelulut tidak mempunyai sengat. Ia hidup di sekitar kampong dan ekosistem semulajadi. Sebanyak 13 spesis telah ditemui di Malaysia. Kelulut biasanya membuat sarang didalam rongga-ronga kayu atau lubang didalam tanah (segelintir spesis sahaja). Mereka mengambil damar, pollen dan madu dari pokok dipersekitaranya. Damar digunakan untuk membuat sarangnya, pollen untuk sumber protinnya dan madu untuk sumber carbohidrat.Polen dan madu diambil dari bunga dan dikumpul didalam sarang untuk makanan anak2 dan simpanan untuk semasa kekurangan/ tiada bunga atau  musim hujan dimana mereka tidak boleh keluar mencari makanan.  Manusia sejak dahulu kala lagi mengambil lebihan madu dan pollen ini dari sarang kelulut sebagai makanan.

Pemeliharaan kelulut di Malaysia bermula disekitar tahun 2000 apabila ia digunakan untuk pendubungaan berbantu pokok dan sayur berbuah. Batang kayu yang mengandungi sarang dipotong dan diletak di kebun,kelulut akan keluar sarang melawati bunga untuk mencari makanan lalu secara tak langsung membantu pendebungaan.

Kini kelulut boleh dipelihara dalam kotak seperti lebah. Sarang kelulut dipindah dari tempat asalnya dalam batang kayu kedalam kotak kayu buatan dan diternak dilapangan. Akhir-akhir ini penternakan kelulut semakin popular berikutan merosotnya industry lebah madu. Kelulut amat berbeza dari lebah madu kerana ia tidak menyegat dan tidak mudah meninggalkan sarangnya. Kini disamping untuk tujuan pendebungaan berbantu kelulut diternak untuk tujuan pengeluaran madu dan pollen bread (bersamaan dengan pollen bee lebah madu). Hasil pengeluaran tanaman seperti tembikai, melon, cili, tomato, timun, dan sebagainaya dapat ditingkatkan dengan pendebungaaan berbantu. Kerja pendebungaan melon seara manual dibawah rumah plastic berjaring (netted structure) amatlah intensif, kini ia dapat diganti oleh kelulut.

Kebaikan madu kelulut ialah ia didapati  dapat menperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya immunisasi. Kelulut juga mengeluarkan propolis yang berkualiti dengan banyaknya. Propolis telah ketahui umum merupakan antibiotics semulajadi dan booster system immunisassi yang kuat. Kelulut menggunakan resin dari pokok, diproses didalam badannya dan digunakan untuk membuat sarangnya bagi mencegah pembiakan mikrob.

Sifat kelulut yang tidak senang meninggalkan sarangnya dan tidak menyegat membolehkan kelulut dibela ditepi-tepi rumah. Kini konsep “hutan dalam bandar” iaitu menanam pokok-pokok hutan didalam bandar yang di kuatkuasakan oleh kerajaan bagi tujuan mitigasi pemanasan global boleh membekalkan makanan yang mencukupi bagi penternakan kelulut dalam bandar. Sebagai hobi kelulut boleh ditempatkan ditepi-tepi rumah, dibawah porch atau divaranda.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*